Pages

Friday, June 11, 2010

PEMPROSESAN BAJA BIOAGRO





Baja BioAgro dicipta dengan resepi yang sama seperti baja organik kambing yang lain,cuma yang agak istimewanya adalah tahi kambing kami kurang berbau seperti tahi kambing biasa,itu terjadi kerana makanan harian kambing-kambing kami adalah silage,iaitu daun yang diperam dengan E.M (sejenis bakteria yang memakan bau busuk,dan bakteria itu mampu hidup didalam perut ).

Cara pemprosesannya Baja BioAgro 2tan seperti berikut :-

1. Tahi Kambing : 1660 kg
2. Abu : 200 kg
3. Habuk Gergaji : 100 kg
4. Kapur Pertanian : 40 kg
5. Stardec : 5 kg


Langkah Pertama :

Pengambilan tahi kambing dari bawah kandang,kemudian dijemur untuk pengeringan,selepas itu barulah kami memulakan proses pendebuan dengan menggunakan mesin chopper.

Langkah Kedua :

Mencampurkan semua bahan diatas,ianya hendaklah dilakukan dengan cermat dan sama rata supaya bahan-bahan tersebut dapat dibancuh dengan sempurna.

Langkah Ketiga :

Bancuh seperti membancuh simen,cuma agak sukar kerana apabila dicampur dengan air,ianya akan lebih berat dari simen biasa.

Langkah Keempat :


Menyiramnya dengan air,apabila menyiram debu tahi tadi dengan air,pastikan ia tidak terlalu basah dan tidak terlalu kering.

Langkah Kelima :

Pengasingan,baja yang basah tadi diasingkan disuatu tempat dengan bentuk bukit untuk proses peram,tujuan baja basah perlu tinggi adalah kerana ianya perlu kepada pemanasan dari bawah,seandainya rendah,maka mustahil untuk panas,dan ini akan merosakkan proses pemeraman


Langkah Keenam :

Sekali setiap minggu,baja basah tadi akan dipindahkan ke tempat lain,sehinggalah genap empat minggu

Langkah Ketujuh :

Apabila cukup empat minggu,baja tadi akan berpindah ke bahagian pengeringan pula,disitu baja akan diratakan untuk pengeringan secara menyeluruh.

Langkah Kelapan :

Baja mula dipek.

www.mudah.my/BioAgro+Baja+Organik-5175713.htm

No comments:

Post a Comment